Petunjuk Tingkat Hogwarts

Set filem The Great Hall, Hogwarts

Senarai ini berdasarkan senarai yang dibuat oleh Harry Potter Lexicon, laman yang menganggarkan setiap bilik darjah melainkan kelas Transfigurasi. Terdapat pernyataan yang mengatakan yang beberapa bilik "bergerak" tetapi menurut J. K. Rowling, hal tersebut mungkin disebabkan keajaiban sekolah itu ataupun kelemahan beliau dalam mengingat.

Filem Harry Potter menunjukkan sedikit hal tersebut berkaitan Hogwarts:

  • Hogwarts dipisahkan oleh parit besar di antara daratan dan pulau berbatu yang besar serta hampir tidak kelihatan kerana Hogwarts berada di atasnya.
  • Bahagian atas pulau itu dipanggil Istana Barat yang mempunyai Dewan Besar, Dewan Masuk, Dapur, Asrama Hufflepuff, menara Astronomi, Sayap Hospital, Dewan Sario, Dataran Barat, Dataran Barat-laut dan beberapa tempat lain seperti pejabat, kuarters pengajar dan bilih darjah.
  • Istana Utara merupakan bahagian terbesar keseluruhan istana kota itu. Di situlah terletaknya Asrama Gryffindor, Ravenclaw dan Slytherin. Asrama Gryffindor terletak di aras tujuh di hujung barat laut semua asrama. Ravenclaw di aras keempat mengadap Dataran Utara, bersebelahan Dewan Fervens dan Tugu Stela si Penyelamat.

Bilik Rahsia

Bilik Rahsia terletak jauh di bawah bilik bawah tanah. Tempat itu menjadi kediaman basilisk yang digunakan untuk menghapuskan pelajar kelahiran Muggle. Bilik Rahsia tersebut boleh dimasuki melalui tandas Myrtle Mengerang di bahagian sinki(yang tidak pernah digunakan) yang terdapat goresan kecil ular Salazar Slytherin di kepala paip. Bilik tersebut mengandungi patung ular pada dindingnya dan patung besar Salazar Slytherin bertentangan dengan pintu masuk.Lebih kurang 1000 tahun dahulu (waktu itu Harry Potter sudah memasuki Hogwarts),terdapat empat orang ahli sihir yang bersahabat baik bertemu iaitu Godric Gryffindor, Salazar Slytherin, Rowena Ravenclaw, Helga Hufflepuff. Mereka bercadang untuk membina sebuah sekolah ahli sihir jauh dari pandangan muggle(kerana ketika itu muggle takutkan ahli sihir) untuk mengajar kanak-kanak yang layak mempelajari ilmu sihir. Mereka turut menyumbang nama keluarga mereka untuk acara pengisihan di Hogwarts. Salazar Slytherin yang memulakan isu tentang kemasukan pelajar muggle kedalam sekolah itu. ini kerana dia merasakan ilmu sihir ini hanya layak dipelajari oleh golongan yang berdarah tulen sahaja. Slytherin pun mengasingkan diri dari yang lain lalu membina sebuah bilik rahsia jauh dari pandangan yang lain. Bilik itu hanya boleh dimasuki oleh waris-waris Salazar Slytherin kerana hanya golongan mereka sahaja yang mahir bertutur dalam bahasa Parseltongue (kecuali Harry Potter kerana Voldemort telah menurunkan sebahagian kuasanya kepadanya). Mereka harus menyebut perkataan 'buka' di dalam bahasa parseltongue pada goresan kecil ular Salazar Slytherin. Sinki-sinki yang lain akan terbahagi dan masuk kedalam lorong bawah tanah. Apabila sampai dipehghujung lorong tersebut,terdapat timbunan rangka dan tulang-tulang haiwan.Di bahagian kawasan ini terlalu gelap sehinggakan hanya boleh nampak(dengan menggunakan cahaya)berdekatan dengan mereka sahaja.Setelah itu, jalan terus sehingga ternampak sebuah tembok yang terdapat lukisan ular dan menyebut perkataaan 'buka' dalam bahasa parseltongue sekali lagi. Akhirnya barulah boleh ternampak patung ular pada dindingnya dan patung besar Salazar Slytherin bertentangan dengan pintu masuk. Basilisk yang menghuni bilik ini hanya akan datang apabila diseru dalam bahasa Parseltongue lalu keluar dari mulut patung besar Salazar Slytherin. Bilik ini pernah dibuka pada tahun 1942 oleh Tom Marvolo Riddle iaitu keturunan Slytherin yang kemudiannya dikenali sebagai Lord Voldemort. Bilik tersebut terbuka sekali lagi pada 1992 oleh Ginny Weasley yang dibawah pengaruh horcrux Lord Voldemort. Walau bagaimanapun, raksasa Basilisk telah dibunuh oleh Harry Potter lalu menyelamatkan keadaan di sekolah.

Bilik Bawah Tanah

Kelas Posyen

Posyen diajar di bilik bawah tanah yang cukup besar untuk menampung dua kelas serentak. Keadaan lebih sejuk di dalamnya berbanding di tempat lain dan dindingnya dipenuhi haiwan yang diawet dan dijeruk yang menyeramkan sebahagian pelajar.

Pejabat Severus Snape

Pejabat Severus Snape terletak di bilik bawah tanah, bersebelahan dengan kelas Posyen. Bilik ini turut mengandungi balang yang berisi binatang yang pelik. Snape juga mempunyai stor peribadi yang menyimpan ramuan posyen. Dalam buku keenam, beliau tidak menerima pejabat yang bersebelahan dengan kelas barunya iaitu Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dan lebih memilih bilik bawah tanah itu.

Asrama Slytherin

Asrama Slytherin berada di dalam satu dari bilik bawah tanah dan akan terbuka apabila kata laluan diberikan pada dinding batu. Asrama tersebut mempunyai siling yang rendah dan lampu api berwarna hijau. Sebahagian asrama tersebut terletak di bawah tasik.

Bilik Bawah

Asrama Hufflepuff

Asrama Hufflepuff terletak di dalam bilik bawah, bersebelahan dapur..

Dapur

Dapur terletak betul-betul di bawah Dewan Besar dan terdapat meja yang sama seperti yang terdapat di atasnya. Makanan akan diletakkan di atas meja tersebut dan akal muncul di meja tingkat atas. Dapur tersebut menjadi tempat bekerja lebih 100 elf rumah termasuk Dobby, Kreacher dan Winky. Untuk memasuki dapur tersebut, hanya perlu menggeletek sebiji pear dalam sebuah lukisan potret buah-buahan.

Aras Bawah

Dewan Masuk

Dewan Masuk bolek dimasuki melalui pintu oak yang mengadap ke barat. Dewan Masuk sangat besar hingga boleh memuatkan kesuluruhan rumah Keluarga Dursley dan mempunyai tangga marmar putih yang lebar menuju ke aras satu.Temboknya juga disinari obor-obor yang menyala seperti di Gringotts, silingnya tinggi menjulang.Terdapat dua tangga menuju ke Asrama Hufflepuff dan dapur, manakala yang lain menuju ke bilih bawah tanah. Di sini jugalah terletaknya keempat-empat jam yang menunjukkan markah rumah pasukan untuk dilihat semua.

Dewan Besar

Dewan Besar dapat dimasuki dengan melalui dua buah pintu berkembar di Dewan Masuk. Terdapat lima buah meja panjang di dalamnya. Empat buah untuk keempat-empat rumah dan satu meja untuk para guru yang digelar profesor dan staf. Di atas meja panjang,terdapat susunan pinggan dan piala keemasan. Apabila pelajar duduk di meja panjang,pelajar dapat melihat dengan jelas meja tertinggi yang disediakan untuk para guru dan staff. Dewan ini disinari cahaya daripada beribu-ribu lilin yang bergantungan di udara di atas empat buah meja panjang,tempat semua pelajar lain duduk. Siling dewan ini amat menarik kerana pada satu-satu masa, ia akan memaparkan keadaan langit (kerana telah disihir). Di dewan ini jugalah tempat makan pelajar dan dijadikan juga dewan peperiksaan.

Bilik Staf

Bilik staf amat panjang dan mempunyai pecahan-pecahan yang tidak padan dengan kerusi kayu yang berwarna gelap. Terdapat juga sebuah almari yang digunakan untuk mengurung haiwan ajaib.

Pejabat Argus Filch

Argus Filch merupakan penjaga sekolah. Beliau mempunyai pejabat yang mengandungi kabinet fail beserta rekod pelajar yang pernah dihukumnya dan barang rampasan.

Aras Pertama

Kelas Kajian Muggle

Bilik ini tidak pernah ditunjukkan melainkan hanya disebut sahaja.

Kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam

Latar kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang sering digunakan dalam filem sejak Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Bilik ini mengandungi lampu candeliar besi. Semasa Profesor Quirrell mengajar, bilik ini berbau bawang putih yang dikatakan akan melindunginya dari pontianak yang pernah dijumpainya di Romania.

Kelas Sejarah Sihir

Kelas ni mengandungi sebuah papan hitam yang dilalui oleh Profesor Binns kerana beliau ialah hantu. Terdapat juga sebuah bilik yang mengadap ke tasik.

Pejabat Minerva McGonagall

Pejabat ini kepunyaan Minerva McGonagall yang berhampiran tangga marmar di Dewan Masuk dan laluan ke dewan.

Sayap Hospital

Sayap hospital ini mempunyai beberapa buah katil, dan menjadi pejabat jururawat sekolah iaitu Poppy Pomfrey.

Aras Kedua

Bilik Air Myrtle Mengerang

Bilik air Myrtle Mengerang asalnya ialah bilik air perempuan dan menjadi pintu masuk ke Bilik Rahsia yang hanya dapat dibuka oleh seseorang yang boleh bercakap dalam bahasa Parseltongue, dan muat untuk seseorang menyusur masuk. Apabila Tom Riddle membuka Bilik Rahsia pada 1940-an, seorang gadis bernama Myrtle terbunuh. Bilik ini masih boleh digunakan, Cuma tidak berani digunakan oleh pelajar kerana kewujudan Myrtle.

Pintu Masuk ke Pejabat Pengetua

Pejabat ini hanya akan memberi laluan masuk jika kata laluan yang dikatakan betul. (Dumbldore sering menggunakan nama gula-gula "Sherbet Lemon", "Cockroach Cluster", "Acid Pops", and "Fizzing Whizbee"). Jika betul kata laluan itu, sebuah tugu keemasan akan bergerak dan tangga batu berpilin akan bergerak seperti escalator ke depan pintu pejabat.

Pejabat Profesor Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam

Pejabat Profesor Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam mengadap ke selatan, maka turut kelihatan juga tasik dan gelanggang Quidditch. Ketika Gilderoy Lockhart mengajar, bilik tersebut dipenuhi gambar beliau. Apabila Remus Lupin mengambil alih, bilik itu dipenuhi pula dengan haiwan yang akan digunakan untuk mengajar. Alastor Moody (yang disamar Barty Crouch Jr.) memenuhkan bilik itu dengan alat pengesan. Dolores Umbridge pula dengan hiasan berwarna pink dan piring tembikar yang dicat diatasnya gambar anak kucing. Severus Snape pula menggunakan ruang tersebut dengan meletakkan gambar mangsa Ilmu Hitam

Aras Ketiga

Bilik Trofi

Bilik Trofi adalah di mana anugerah, trofi, piala, lencana dan segala pingat diletakkan. Di situ juga terletaknya senarai nama Ketua Pelajar Lelaki dan Perempuan. Bilik tersebut bersebelahan galeri perisai.

Kelas Mantera

Kelas ini digunakan sebagai kelas Mantera yang diajar oleh Profesor Flitwick. Bilik darjah ini terletak di koridor Mantera.

Bilik Larangan

Bilik ini menyerupai koridor yang tidak bernama tetapi pada tahun pertama Harry, bilik tersebut telah dimasuki dan mengandungi patung-patung yang menyeramkan. Di hujung bilik tersebut terdapat sebuah pintu yang berkunci dan di balik pintu itulah bernah ditempatkan Fluffy untuk menjaga Batu Hikmat.

Aras Keempat

Perpustakaan

Perpustakaan ini mengandungi puluhan ribu buah buku. Buku di kawasan terlarang mengandungi buku yang berkuasa Ilmu Hitam dan tidak diajar di Hogwarts atau dikawal penggunaannya. Untuk menggunakan buku dari kawasan ini, pelajar perlu mendapat kebenaran kebenaran bertanda tangan guru yang mengajar. Irma Pince merupakan ahli pustakawan dan menjaga buku-buku dan peraturan di dalam perpustakaan. Buku-buku diletakkan jampi untuk tidak disalah gunakan.

Aras Kelima

Bilik Air Pengawas

Bilik Air Pengawas terlindung di pintu lima di kiri patung Boris yang Meliarkan. Bilik air ini juga boleh digunakan oleh Kapten Pasukan Quidditch dan memerlukan kata laluan. Terdapat sebuah kolam renang yang dipasang beratus-ratus kepala paip. Terdapat lukisan gambar duyung yang sudah tentu hidup.

Aras Keenam

Aras ini digunakan khas untuk simpanan dan bukan untuk kegunaan pelajar.

Aras Ketujuh

Pintu Masuk ke Menara Gryffindor

Menara Gryffindor boleh dimasuki melalui potret perempuan gemuk berpakaian sutera berwarna pink dan disertakan kata laluan. Pintu yang pernah juga dijaga oleh Sir Cardogan ini menghala terus ke ruang umum Gryffindor.

Pintu Masuk ke Menara Utara

Untuk ke Menara Utara, pelajar boleh menaiki tangga melalui sebuah pintu jebakan.

Pejabat Profesor Flitwick

Pejabat Filius Flitwick terletak di aras ketujuh dan tangga ketiga belas dari kanan menara barat.

Bilik Keperluan

Bilik ini hanya boleh dijumpai oleh seseorang yang mempunyai permintaan terdesak. Seseorang itu perlu berjalan mengelilingi koridor itu sebanyak tiga kali dengan tumpuan yang penuh terhadap permintaan mereka. Bilik itu akan muncul kemudian dengan mengandungi apa yang kita perlukan.

Bilik ini pernah digunakan oleh ramai penghuni Hogwarts termasuk Harry dan Dumbledore.